BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 25, 2010

Sembang pagi jumaat

Salam semua..
sedar tak sedar dah pagi jumaat .. sekejap je rasanya masa berlalu.. saya sekarang berada di Melaka di rumah abg ipar.. berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Johor pada keesokan harinya.. cuba lelapkan  mata tapi susah pulak mata ni nak pejam .. mata dah terbiasa bersengkang lewat.. nasib baik ada internet..

saya rasa gembira sangat harini.. ada beberapa perkara yang buatkan saya rasa gembira.. pertama sekali, saya dapat jumpa kak Jun dari Farsweethome... bestnya..kak Jun ni mmg baik sangat orgnya...friendly sangat2.. walaupun baru je kenal dgn kak Jun, rasa mcm dah lama.. saya dapat rasakan kak Jun mempunyai hati yang baik..

sebenarnya saya cuba lelapkan mata tapi fikiran saya dibayangi oleh kata2 seorg sahabat yang memberitakan sesuatu tentang seseorg (sebenarnya org yg sama meTUDUH sy menciplak hasil beliau yg kononnya exclusive tu..) kekekekkee.. sy sms dgn abah saya..rasa tak seronok.. tak hepi..patut dh lepas tu biarlah lepas.. sy kata sy doakan org yg busuk hati dan penuh hasad dengki tu perniaagaan dia ranap dan dibenci orang (maklumlah tengah geram dan sakit hati).. tapi korang semua patut berterima kasih.. abah saya seorg yg baik..tak suka berdendam apatah lagi menyakitkan hati org..wlwpun org buat tahana pada beliau tetap beliau tak pernah balas dari segi perkataan @ perbuatan (kat sini saya wonder awatla sy tak ikut perangai bapa :p) tapi bapa berpesan..klw ira buat mcm tu..ira sama mcm dia..2x 5.. buat tak tau dh la.. kenapa nak pikir sangat..penting sgt ke dia???

betul jgk kan..buat apa sy nak risau dgn org yg tak senang dgn kejayaan org lain kan.. buat tak tau je la..hari ni sy tak sabar nak tulis di pagi jumaat ni bahawa saya merelakan apa jua org berkata tentang saya..merelakan bukan bermakna kalah.. bukan juga makna bersalah..tapi lebih kepada beralah.. saya malas nak panjangkan cerita..jadi insyaAllah mulai saat ini sy takkan mengungkit perkara ini..sy nak bersihkan hati dari segala perasaan yg bole merosakkan hati.. saya taknak dengki, iri hati, geram, benci, meluat @ apa2 sahaja yang mengundang penyakit hati..apabila hati tak bersih mula lah rasa tak senang dgn org lain, rasa geram, tak puas hati dan dengki timbul.. sya rasa gembira kini.. lalallalalalala~~~ hati saya rasa amat tenang sekali.betul la org cakap...klw kita maafkan org dan biarkan perkara itu berlalu mcmtu hati kita akan berasa tenang.. rasa happy..takpe la klw ada nak mengutuk.. saya tetap gembira..silakan la..jgn segan2 ye. insyaAllah pahala tu akan dapat pada saya..saya nak la kumpul pahala..harap2 org2 yg suka kutuk ni akan bantu saya.. terima kasih ye.. (gembira lagi.. )

kat sini sedikit tazkirah..mgkin cara penyampaian tak berapa bagus dan tepat tapi message dia tetap sama..jalan cerita tetap sama.. cerita ini datangnya dari Luqman Al-Hakim... hebat dan zuhudnya beliau hingga tercatat kisahnya di dalam al quran..

suatu hari Luqman al hakim ingin memberi pengajaran mengenai kehidupan manusia..dia mengajak anaknya berjalan2 ke suatu kawasan kampung .. luqman, anaknya dan seekor keldai....pada mulanya, mereka berdua menuntun keldai sambil mereka berjalan kaki..apabila memasuki satu kawasan kampung, terdengar org ramai berkata "apa la punya bapa, anak dibiarkan berjalan..kan keldai ada.. bagi la anak tu naik.." kemudian luqman al hakim menyuruh anaknya naik keldai dan beliau berjalan kaki.. tiba lagi satu kawasan mereka terdengar org berkata "apa punya anak, dibiarkan ayah yg tua berjalan kaki tapi dia pulak yg naik keldai.." selepas itu, luqman menyuruh anak nya turun dan beliau menaiki keldai.. tiba lagi satu kawasan org masih berkata " apa punya bapa, ada ka patut disuruh anaknya berjalan kaki tapi dia pulak yang menunggangi keldai.. " .. selepas mendengar kata2 org di kawasan kampung itu, mereka berdua menaiki keldai.. berjalan2 lagi melalui satu kawasan yang berlainan.. tetapi mereka tetap mendengar org masih berkata "apa la punya tak berhati perut..ada ke patut mereka berdua menunggangi keldai tu.. tak berperikemanusiaan langsung.."..

apa yang Luqman nak cuba sampaikan kat sini .. apa saja yg kita buat di dunia ni selagi mana kita bernama manusia mmg takkan ada yang senang dgn apa saja yg kita buat.. manusia takkan berhenti mengata..buat la apa saja.. takkan ada yang senang..apatah lagi manusia ni dikurniakan sekeping hati yang amat mudah goyah.. jadi peliharalah hati tersebut jgn sampai menjadi hitam dan busuk. bahkan Rasulullah s.a.w yg maksum dan sememangnya dijanjikan syurga tu pun menghadapi perkara yang sama.bagaimana baginda difitnah, dikeji dan dicaci.. tapi baginda tetap berlaku baik pada org tersebut.. inilah IDOLA sebenar.. patut contohi..

jadi saya ambil ikhtibar dari cerita ini bahawa kita tak bole menyenangkan hati semua org.. mcmna sekali pun yg kita buat.. jadi buat lah apa yg anda rasa terbaik utk anda.selagi mana tidak melakukan perkara yang tidak baik..

berbalik kenapa saya happy..sebab kedua sya gembira .. adalah.. saya nak belajar FA lagi dengan aunty NORANA.. saya suka sgt dgn aunty ni.. aunty sangat baik hati, tak kedekut ilmu, mengajar dgn penuh dedikasi..saya admire sgt dengan aunty..memang saya selalu berdoa agar aunty dimurahkan rezeki, dilapangkan dada dan hidupnya.agar tak berasa susah hati dan supaya beliau sentiasa gembira..agar beliau sentiasa berbaik sangka dengan org lain.agar semua org sayang dan senang dgn aunty..amin....

0 comments: