BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

Folkart order: Roses signage buat kak H

Salam.. morning semua..
kali ni order dari kak H..

pink belang2 inspired by jija's lovely cottage.. dan bunga klw tak silap inspired dari aunty nora/zaitun.. inspired tu bukan tiru ye..hehe..

sy cuba guna kaler pink utk hasilkan bunga.. rasa not bad.. tapi tak pasti kenapa bila sy snap gambar dia gelap semacam.. kameraku kah???

sy nak share gambar yg terang.. sbb seriously sy sgt suka plaque ni..lain dari yg lain..

atas faktor2 tertentu, saya terpaksa merahsiakan wording atas plaque tu

tgk la..klw rajin nnti sy amik gambar lain..biar terang sikit

Folkart order: Roses signage using MDF board

salam semua,
harini saya hanya dapat siapkan 1 je signage..insyaAllah malam nnti nak buat lagi satu.. (harap2 keadaan mengizinkan)

ni board yg saya beli masa pergi belajar dgn en Zahir.order oleh irma lagi..thanks a lot Irma..selalu support saya..entah bila sy nak beli barang dr irma..tgh tunggu table runner yg irma jual..

irma bagi kebebasan utk sy design tapi mesti pink belang2 dan tulisan Assalamualaikum..


ambil order untuk MDF board

salam,
saya terima email dari Diana mengenai MDF board. bila saya browse blog tersebut, pada pengamatan saya harga reasonable.. bahkan murah dari craft store.. sebab ada discount sampai 30%..

kalau sapa2 yg nak minta saya tolong buat FA kat atas board2 tersebut sila la bagitau saya..klw beli banyak mgkin dapat discount .. dan bole combine shipping..

bagusnya lukis atas MDF ni, rasa lagi selesa.. board dia berkualiti seperti board 6mm yg saya jual..tapi MDF yang Diana jual ni ada pelbagai bentuk..

sapa2 yang nak order FA dengan menggunakan MDF tersebut, sila email saya ye..

thanks..

Tuesday, March 30, 2010

Folkart order: Signage dan wall plaque

salam semua..
alhamdulillah.. sekali lagi sy bersyukur.. semalam sy dapat siapkan 2 signage utk 2 org berbeza..
irma again.. antara customer terawal saya.. irma order 2 items.. tapi baru satu item je siap.. klw tak siapkan malam tadi tapi irma tak sihat ..jadi tak reply email saya untuk confirmkan sesuatu..

disebabkan irma tak sihat, sy buat order utk next customer .. kak H.. rahsia identiti dia..(atas sebab tertentu..keke) kak H order setakat ni 6 items.. tapi baru siap 1..

thanks kpd irma dan kak H atas kepercayaan yg diberi..

thx tu  haiqiss sbb izinkan saya menggunakan header blog utk diinspirasikan ke signage irma ni..


yg ni pulak order dari kak H.. sy enjoy sgt buat wall plaque ni .. sbb dia kaler purple.. i love purple.. plaque ni utk bilik anak perempuan kak H.. 


setakat ni saja buat masa kini.. sambung nnti pulak.. bye.. salam...

Monday, March 29, 2010

Folkart order: Roses signage for Ina

salam,
dh lama rasanya tak da entry..
alhamdulillah baru selesai siapkan satu lagi signage dan kali ni utk ina..ina nak 6" x 18" setebal 6mm. mcm biasa nak jalur2 light pink dan roses selalu menjadi pilihan :)


gambar diambil bersama flash .. jadi tak berapa clear belang2 pink sbb very light pink (betul ke??) ..tapi sy suka design bunga yg tak crowded..

thanks ina ..harap ina suka..

Thursday, March 25, 2010

Sembang pagi jumaat

Salam semua..
sedar tak sedar dah pagi jumaat .. sekejap je rasanya masa berlalu.. saya sekarang berada di Melaka di rumah abg ipar.. berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Johor pada keesokan harinya.. cuba lelapkan  mata tapi susah pulak mata ni nak pejam .. mata dah terbiasa bersengkang lewat.. nasib baik ada internet..

saya rasa gembira sangat harini.. ada beberapa perkara yang buatkan saya rasa gembira.. pertama sekali, saya dapat jumpa kak Jun dari Farsweethome... bestnya..kak Jun ni mmg baik sangat orgnya...friendly sangat2.. walaupun baru je kenal dgn kak Jun, rasa mcm dah lama.. saya dapat rasakan kak Jun mempunyai hati yang baik..

sebenarnya saya cuba lelapkan mata tapi fikiran saya dibayangi oleh kata2 seorg sahabat yang memberitakan sesuatu tentang seseorg (sebenarnya org yg sama meTUDUH sy menciplak hasil beliau yg kononnya exclusive tu..) kekekekkee.. sy sms dgn abah saya..rasa tak seronok.. tak hepi..patut dh lepas tu biarlah lepas.. sy kata sy doakan org yg busuk hati dan penuh hasad dengki tu perniaagaan dia ranap dan dibenci orang (maklumlah tengah geram dan sakit hati).. tapi korang semua patut berterima kasih.. abah saya seorg yg baik..tak suka berdendam apatah lagi menyakitkan hati org..wlwpun org buat tahana pada beliau tetap beliau tak pernah balas dari segi perkataan @ perbuatan (kat sini saya wonder awatla sy tak ikut perangai bapa :p) tapi bapa berpesan..klw ira buat mcm tu..ira sama mcm dia..2x 5.. buat tak tau dh la.. kenapa nak pikir sangat..penting sgt ke dia???

betul jgk kan..buat apa sy nak risau dgn org yg tak senang dgn kejayaan org lain kan.. buat tak tau je la..hari ni sy tak sabar nak tulis di pagi jumaat ni bahawa saya merelakan apa jua org berkata tentang saya..merelakan bukan bermakna kalah.. bukan juga makna bersalah..tapi lebih kepada beralah.. saya malas nak panjangkan cerita..jadi insyaAllah mulai saat ini sy takkan mengungkit perkara ini..sy nak bersihkan hati dari segala perasaan yg bole merosakkan hati.. saya taknak dengki, iri hati, geram, benci, meluat @ apa2 sahaja yang mengundang penyakit hati..apabila hati tak bersih mula lah rasa tak senang dgn org lain, rasa geram, tak puas hati dan dengki timbul.. sya rasa gembira kini.. lalallalalalala~~~ hati saya rasa amat tenang sekali.betul la org cakap...klw kita maafkan org dan biarkan perkara itu berlalu mcmtu hati kita akan berasa tenang.. rasa happy..takpe la klw ada nak mengutuk.. saya tetap gembira..silakan la..jgn segan2 ye. insyaAllah pahala tu akan dapat pada saya..saya nak la kumpul pahala..harap2 org2 yg suka kutuk ni akan bantu saya.. terima kasih ye.. (gembira lagi.. )

kat sini sedikit tazkirah..mgkin cara penyampaian tak berapa bagus dan tepat tapi message dia tetap sama..jalan cerita tetap sama.. cerita ini datangnya dari Luqman Al-Hakim... hebat dan zuhudnya beliau hingga tercatat kisahnya di dalam al quran..

suatu hari Luqman al hakim ingin memberi pengajaran mengenai kehidupan manusia..dia mengajak anaknya berjalan2 ke suatu kawasan kampung .. luqman, anaknya dan seekor keldai....pada mulanya, mereka berdua menuntun keldai sambil mereka berjalan kaki..apabila memasuki satu kawasan kampung, terdengar org ramai berkata "apa la punya bapa, anak dibiarkan berjalan..kan keldai ada.. bagi la anak tu naik.." kemudian luqman al hakim menyuruh anaknya naik keldai dan beliau berjalan kaki.. tiba lagi satu kawasan mereka terdengar org berkata "apa punya anak, dibiarkan ayah yg tua berjalan kaki tapi dia pulak yg naik keldai.." selepas itu, luqman menyuruh anak nya turun dan beliau menaiki keldai.. tiba lagi satu kawasan org masih berkata " apa punya bapa, ada ka patut disuruh anaknya berjalan kaki tapi dia pulak yang menunggangi keldai.. " .. selepas mendengar kata2 org di kawasan kampung itu, mereka berdua menaiki keldai.. berjalan2 lagi melalui satu kawasan yang berlainan.. tetapi mereka tetap mendengar org masih berkata "apa la punya tak berhati perut..ada ke patut mereka berdua menunggangi keldai tu.. tak berperikemanusiaan langsung.."..

apa yang Luqman nak cuba sampaikan kat sini .. apa saja yg kita buat di dunia ni selagi mana kita bernama manusia mmg takkan ada yang senang dgn apa saja yg kita buat.. manusia takkan berhenti mengata..buat la apa saja.. takkan ada yang senang..apatah lagi manusia ni dikurniakan sekeping hati yang amat mudah goyah.. jadi peliharalah hati tersebut jgn sampai menjadi hitam dan busuk. bahkan Rasulullah s.a.w yg maksum dan sememangnya dijanjikan syurga tu pun menghadapi perkara yang sama.bagaimana baginda difitnah, dikeji dan dicaci.. tapi baginda tetap berlaku baik pada org tersebut.. inilah IDOLA sebenar.. patut contohi..

jadi saya ambil ikhtibar dari cerita ini bahawa kita tak bole menyenangkan hati semua org.. mcmna sekali pun yg kita buat.. jadi buat lah apa yg anda rasa terbaik utk anda.selagi mana tidak melakukan perkara yang tidak baik..

berbalik kenapa saya happy..sebab kedua sya gembira .. adalah.. saya nak belajar FA lagi dengan aunty NORANA.. saya suka sgt dgn aunty ni.. aunty sangat baik hati, tak kedekut ilmu, mengajar dgn penuh dedikasi..saya admire sgt dengan aunty..memang saya selalu berdoa agar aunty dimurahkan rezeki, dilapangkan dada dan hidupnya.agar tak berasa susah hati dan supaya beliau sentiasa gembira..agar beliau sentiasa berbaik sangka dengan org lain.agar semua org sayang dan senang dgn aunty..amin....

Wednesday, March 24, 2010

Folkart order: Roses plaque

harini hari terakhir sebelum saya bercuti..
roses plaque utk kak Zee.. harap kak Zee suka dan memenuhi apa yang kak Zee inginkan..

size 6" x 12" 2mm
enjoy

Tuesday, March 23, 2010

On Vacation

Salam semua..selamat pagi..

nak kasi tau sikit la..harini hari terakhir sy di penang.. tapi bukan selama2nya..saya akan berada di Johor atas urusan peribadi.. jadi, order yang datang pada minggu ini saya akan mulakan mgu hadapan.. harap sabar menanti ye.. harini saya akan siapkan tempahan terakhir dari Kak Zee iaitu tempahan terakhir pd mgu lepas.. kesian kak zee..dh lama tunggu.. haritu dh buat satu tapi rupa2nya dh lari tema lak.. maklum la time tu fuse kepala short circuit kot..

Klw ada sapa2 yg berminat nak tempah lagi, anda bole emailkan kat saya..klw bole la kan (mesti bole ni) kasi la details ye apa yg anda nak..bukan apa..karang senang sikit.. sebabnya conpius gak dh byk2 ni (mcm lerrrr byk sgt..cit!!!).. apa yg saya nk tahu adalah maklumat seperti berikut... guna template ni bole???

- Size kayu - eg: 6" x 18", 6" x 12" etc
- Tebal kayu - eg: 2mm, 6mm, 9mm
- wordings - eg: Welcome, Home Sweet Home, etc
- background, design dan kaler - klw tak kasi tau, karang saya hentam pulak.. takut citarasa sy tak sama dgn korang ye..
- font tulisan - Klw tak decide, sy akan buat sesuka hati sy..aci?? (yahooo..leh la pilih font yg sonang2 sikit..kekekeke)

rasa2 cam cukup kot maklumat di atas.. setiap tempahan nak la maklumat kat atas tu.. klw dua tempahan maknanya ada 2x maklumat utk setiap satu.. bukan apa.. sy suka customer yg decide..karang ikut kepala otak saya yg agak mereng ni lain pulak jadinya..kekekeke.

ok, jgn lupa guna template kat atas.. nk bebel pjg2 dlm email bole, tapi pastikan template kat atas ada sekali..senang sikit tgk dlm bentuk point..

jumpa lagi..byeeeeee

Folkart order: Roses signage in light pink and light green

Salam semua..
walaupun tajuk agak kelakar tapi takpe..tajuk menggambarkan isi sebenar yg hendak disampaikan.. harini gembira sbb dapat siapkan 2 signage.. yg paling best, ada gak variasi kaler kat signage yg sy buat..hehe.. namun sy paham..ramai yg suka pink..klw diberi pilihan sy order kat orang pun sy akan order pink.. @ biru @ light orange @ light hijau (hahaha..lebey2 la pulak..)

tapi yang tak bestnya..sbb tulisan cacing kerawit yg begitu menguji tahap kesabaran saya.. sampai kebas tangan dibuatnya..lepas ni rasa cam nak boikot la tulisan ni.. hehe..tp klw customer request, terpaksa la saya akur.. customer kan always right??? bila masa diorg wrong eh??

oh..lupa nak kasi secara ringkas order ni.. ni adalah tempahan dari kak hanim.. board bersize 6" x 18" setebal 6mm. segala bentuk design atas kemahuan kak hanim sendiri kecuali bunga..saya pandai2 ubah ikut kepala sendiri.. harap kak hanim still suka ye..mesti ye..

sy juga tak letak filler flower unless direquest..sbb rasa cam cantik pulak takda filler flower.. baru nampak originality roses tu..(mcm ayat malas nak buat je.. kekeke)

mcm biasa gambar sengat adalah trade mark..cuma tulisan berlingkar lingkar yg senang mengundang kecomotan seperti tudung sekolah terkena gulai masa makan kat dewan makan masa form 4 & 5.. tapi tak comot pun ..sikit2 je.. tak caya nnti tanya kak hanim k.. jgn order tulisan camni lagi eh.. (ayat merayu ni)



sy suka yg ni..lalala~~~

ok la..sekian.. pagi2 ni mcm buang tebiat sikit.. 


Monday, March 22, 2010

Folkart order: Roses for Ayu

Salam,
alhamdulillah, dapat jugak siapkan satu lagi folkart order utk customer..thanks ayu sbb sudi berurusan dgn saya..

ayu request board 6" x 18" setebal 6mm

saya ubah sikit position dan rupa bentuk roses tu..asyik sama je..hehe



actually it looks much better in real. 

untuk pengetahuan semua, sebarang order pada minggu ini akan cuba saya completekan pada minggu hadapan kerana pada khamis pagi2 saya dh takda di Penang.. jadi harap semua sabar menunggu ya :) thanks a lot!!!

Sunday, March 21, 2010

folkart order: Roses signage in very light blue and pink

Salam,
alhamdulillah harini saya dapat siapkan 3 lagi signage order dari shaza living decor..

harap kak puas ati ye..

kak shahidah order 3 plaque, 2 pink dan 1 light blue.. semua kayu bersaiz 6" x 18". 2 signage menggunakan kayu setebal 2mm dan yang lagi satu 6mm.

***thx a lot to na from razna creation.. sbb na yg kasi link utk cari wordings.. sapa nak bole pi sini http://www.dafont.com





sy suka sgt kaler ni..klw tgk live, very soft blue color. tp maaf gambar senget..actually tulisan ni paling dasyat pernah sy trace..letih sungguh nak paint.. amik masa bukan main lama lagi sampai lenguh tangan..apa2 pun sy suka sgt dgn hand lettering ni


Saturday, March 20, 2010

Award dari Sity

Salam,
ni award pertama yg saya terima.. hehe.. tak paham award2 ni tapi sy dapat agak untuk apa..thanks a lot Sity sbb Sity bukan sahaja customer pertama saya..malah Sity jugak org yg pertama bagi sy award :) thanks a lot.. sy gembiiiiiiiiiiiiraaaaaaaaaaa sgt :) really appreciate it...

Folkart order: Roses signage for Mr Goh

Salam & morning!!!

alhamdulillah saya baru selesaikan satu lagi order.. kali ni dari Mr Goh.. beliau request nk exactly like Irma's signage.. tp of course, sy tukar sikit2 nak kasi unique.. untuk tidak menjadikan roses tu beratur mcm budak sekolah nak naik bas, sy ubah sikit.. minor changes je..kekekeke

board 6" x 18"
size = 6mm



size 6mm betul2 a good choice..sbb kualiti kayu dia mmg much better compare to 2mm.. maybe sbb different supplier kot..

harap Mr Goh suka.. klw tak suka pun ckp suka gak ek? aci???



lepas ni insyaAllah sy akan keluar dgn design yg baru. ni exclusive tau.. my dad say, ilham sendiri... tp sy nak siapkan customer punya order dulu..

bye, jmpa lagi..

Friday, March 19, 2010

Folkart order: Roses signage with different filler flowers

tajuk mcm kelakar..haha..

kat bawah ni order dari kak isma klw tgk wordings kat plaque ni dh agak dh blog sapa kan.. :)

thanks kak Is sudi berjual beli dgn saya.. harap kak Is suka..

sy enjoy dapat paint signage ni..wlwpun sakit hati tahap kronik kat hand lettering ni.. skrg baru saya bole jawab soalan kzie.. klw kzie baca ni, sy rasa ni answer paling baik..sebelum ni sy menggunakan acrylic paint brand Schmincke (brand Jerman) yang sememangnya pigment color. mmg buat sekali dh lekat kaler dia..hitam meletet..

tapi tadi teruja apabila order dari Craft Haven sampai. asal nak order angle brush je memandangkan selama ni sy menggunakan berus yg dh spoiled, tapi ter'order' sekali dgn acrylic color la pulak..suka dgn color paynes gray.. mmg cantik.. tapi dia bukan pigment color..Jo Sonja series 1..

bila buat wordings tu, rasa nak pengsan..kene buat more than 2x.. waaaaaaaa.. nak nangis.. tangan dh kematu pegang berus.. klw perasan huruf "t" yang pertama dekat perkataan "cottage" dh berubah bentuk masa nak balas kali ke-2.. sungguh hampagas sekali..

so conclusion kat sini: klw nak buat hand lettering, pastikan anda menggunakan liner brush yg halus dan berkualiti , juga klw bole guna pigment color.. buat sekali terus lekat..bila buat 2-3 kali tu yg jadi comot tu..

maafkan daku kak Is.. sowwyyyyyy.. tapi kak Is, tetap menawan kalbu signage ni..tgk, filler flower dia lain dari yg lain, pastu daun pn lain sikit kaler dia.. kekeke :p

Kayu tebal 6mm dah sampai

Yahooo.. kayu tebal dah smpi.. 6mm .. kualiti dia much better than 2mm.. lepas ni bole la try beli 9mm..tapi setakat ni takda org request..hehe..so abaikan dulu..kekekekekke..

Thursday, March 18, 2010

Folkart order: Roses signage in light blue

Salam,
alhamdulillah baru sudah siapkan satu lagi order..kene cepat2 siap yang ni sbb nak hntar by hand dkt kat liza nnti masa nak pulangkan buku Ros Singleton. thanks kak liza sbb sudi berurusan dengan saya..

kayu 6" x18" (lupa nak tulis tadi. ni edit sikit..kayu ni nipis k?)

kali ni harap2 takda sapa2 email sy @ mengadu domba pergi bagitau org tu yg sy ni tiru design.. sy sangkakan bunga sy yang dikatakan sama rupa2nya background..klw bunga mmg nak marah gak..sbb ni buat sendiri..BAPA saya yg design.sy ubah sikit2 utk setiap customer.dan kedudukan daun tak pernah sama sbb hand painted tak mungkin buat benda yg sama dua kali..

bagi background pulak mcmna pulak dikatakan tiru?? masa customer cakap pink/biru belang2 automatik kepala otak dh bygkan mcmna nak buat. sy tak suprise klw satu hari nnti sy jumpa background yg sama org lain buat..mmg dh jmpa pun sebelum ni tapi decoupage bukan FA..

design belang2 tu mcm dh common sgt bagi peminat english deco.. takkan nak belang2 melintang pulak? mcm buruk je sbb kayu memanjang melintang. takkan diagonal pulak.(idea bagus..lepas ni buat melintang diagonal, sapa2 buat kira tiru cop!!! :p) so tegak2 la yg paling sesuai sekali..benda yg perlukan common sense ni tak payah nak ditiru2..rasanya ramai pun akan terlintas mcmtu.betul tak???cepat bgtau sapa yg terlintas nak buat belang2 melintang?. pastu wordings.. print dari word, trace guna stylus cat guna liner brush.. mcm biasa gak rasanya..tak nampak kat mananya tiru..

pastu shading..rasanya org yg expert decoupage semua tau buat shading..hampir sama je semua.. takkan tu maknanya tiru..klw mcmtu en zahir pun tiru gak la sbb dia bukan mula2 yg buat shading..org lain sebelum dia pun buat shading..

ni nak tarbiah (mcm tak betul je word ni) sikit subuh2 ni.. copy tu dikira copy klw sama exactly..kedudukan sama, kaler sama, design sama..even org Jepun pun amik byk teknologi dari US dan negara barat yang lain tapi di "improvise" jadi lebih baik..

klw org mintak izin amik design sy pun sy tak kisah..tak minta izin pun sy tak peduli..sbb?? senang je.. tiru/copy mcmna sekalipun takkan sama.. mana mungkin sama..tangan lain hasil lain..

jadi sebelum kata org tiru kita, tgk betul2.. betul2 sama ke? ke benda yg common je sama.. klw common maknanya abaikan..jgn cepat melenting..klw kita tak rasa tergugat buat apa nak risau.. sy kesal jugak.. mula2 rasa sedih tapi skrg rasa kesal.. mgkin esk rasa happy kot... ntahla jiwa kacau sungguh..

sy tak suka org tuduh sy..klw tanya dulu takpe la.. korang suka ke org tuduh korang mcmtu???? sapa suka abaikan..

k la, penat bebal, gambar tak keluar2 ..


kak liza, harap kak liza berkenan di hati.. thx again :)

maafla ayat di atas kelihatan agak keras.. sy bukan apa tapi entah la..susah la nak cakap.. sy mmg suka berbaik dgn semua org..sy ni tak kedekut orgnya..sy juga tak suka org kedekut dgn sy.. pelik sungguh org melayu susah tgk org lain maju sikit..sy ni kerja kat company mostly chinese..takda pun kes2 dengki ni..iri hati jauh sekali.. bukan kutuk bangsa sendiri..tapi tepuk dada tanya selera..bagi la peluang bangsa kita maju gak.. 

k la..klw tak stop sekali, bebelan akan berterusan hingga ke pagi..sekian wsalam.. 

Folkart order: Roses and hydrangea

Salam,
harini wlwpun not in mood (hehe) dapat jugak siapkan satu lagi tempahan.. kak zee lagi.. thanks kak zee for the 2nd order..tapi sy sendiri tak puas hati dgn hasil ni..aci tak klw sy buat lain? tpi yg ni kak zee amik je la ye..hehe..

nak buat benda2 seni ni kena amik mood jgk..klw tak mesti tak berapa kemas hasilnya..tgk la hasil kat bawah yang serabai ni.. huduh tahap gaban..gaban pun tak huduh camni..

Wednesday, March 17, 2010

Folkart order: Signage untuk Puteri

Salam, akhirnya berjaya siapkan signage roses utk puteri..
mcm biasa, customer request nak mcmna.. hehe.. size kayu 6" x 12"

takda ke org nak tempah kaler biru ke? merah ke? hehe.. tapi klw sy sendiri pun suka kaler2 pastel mcm pink, biru, green..

Saya harap Puteri suka dan memenuhi apa yg Puteri nak.. thanks sebab sudi deal dgn saya :)

Folkart order: Roses from Sue-sweetcottage

Salam,

harini dh siapkan 2 folkart order.. tapi yg satu lagi tak siap sepenuhnya..

kat bawah ni order dari Sue-sweetcottage. rasanya ramai yang dh kenal kan.. thanks a lot kak sue sudi tempah dari saya :)

size board yg dipilih 6" x 18"




ramai org suka design irma ni ye..hehe.. takpe, sbb sy pun suka..enjoy je rasa buat.. 

Tuesday, March 16, 2010

Folkart: Signage for myself

Kat bawah ni dh buat signage utk diri sendiri..dh lama dh buat..cuma takda tulisan je lagi..hehe

sy suka sbb simple :)



saya rasa kebanyakkan yg gemarkan hiasan berkonsep inggeris mmg sukakan stripe..

Folkar order: Roses signage

Salam, alhamdulillah .. syukur sy panjatkan kpd Ilahi krn kurniakan sy kesihatan yg berpanjangan..jadi dapatlah sy siapkan lagi signage.. sy tau berus agak spoil tapi sy siapkan.. sy cuma stop sekejap sementara berus baru sampai.. mgu depan insyaAllah sy buka balik order.. klw sapa2 nak order siap2 pun bole tapi kene tgu mgu depan baru sy bole start..sy akan habiskan current order dulu..

Jasmine order 2 plaque.. satu utk diri sendiri satu lagi utk mak. Jasmine juga request nak design mcm irma. pink etc.. tapi nak filler flower kaler cream/beige/sand

tapi dh jadi tanggungjawab saya, sy akan jadikan setiap pelanggan sy ada unique design..jadi sy akan ubah sikit2..even klw 100% copy pun takkan sama..sbb hand painted. tp klw mmg nak exactly insyaAllah sy cuba cuma background bole la..roses mcm impossible sbb sy tak guna template. sy lukis guna chalk pencil atas board.. 

harap Jasmine suka the end result. thanks so much :)

size board 6" x 18"




Monday, March 15, 2010

Tempahan diberhentikan sementara waktu

sad to say this..tapi terpaksa..sy punya brushes really2 spoiled this time.. ni sbb tak proper handling masa awal2 guna dulu..paint yg berkepul kat ferrule menyebabkan tip brush tu jadi tak best.. sy dh order dh.. mgkin amik masa nak smpi..tapi insyaAllah dlm mgu depan sampai..

tapi klw nak order siap2 bole je..nnti sy keep that list.. thx again..sorry for any inconvenience cause

Harga promosi dah tamat

salam,
harga perkenalan telah pun tamat..sbb dah cukup 10. Harga akan ikut pada senarai harga di sebelah column kanan..

kepada rakan2 yg membeli dari saya..terima kasih :)

GOOD NEWS!!! : kayu tebal akan sampai minggu depan

Salam,
kat sini ada berita baik. kayu tebal akan sampai minggu depan..so klw nak upgrade order dari kayu nipis ke kayu tebal, kena top up RM1-RM5 untuk 6mm (maaf sebelum ni typo.. patut RM5 bukan RM3) bergantung pada size kayu..

current tebal adalah 2mm.. akan datang tebal kayu akan jadi 6mm (rasanya ni standard plaque) klw nak request 9mm pun bole..

terima kasih

Sunday, March 14, 2010

Join Giveaway dari SOMETHING TO SHARE

hehe.. sy dengan muka tak malu nak join giveaway ni..suke hadiahnya. bila la sy nak wat giveaway ye..sy ni takda barang2 best cam org lain.. hehe

ni blognya.. sapa2 nak join sila la lawati blog ni..
http://itajeff68.blogspot.com/2010/03/salam-jumaatjom-join-giveaway.html#comment-form

Folkart order: Signage roses in various colors

Salam semua,
alhamdulillah saya dah siapkan satu lagi folkart order. kali ni datangnya dari irma jugak.. buat masa kini dh 4 FA order sy dah siapkan.. ada lagi 3 still in progress. insyaAllah dalam minggu ni sy cuba siapkan sepenuhnya..

size signage 6" x 12". Irma request color biru. Design simple. Harap irma suka ye.. thanks sekali lagi sebab order..



harga promosi @ harga pengenalan akan diberi kpd 10 pembeli pertama. buat masa kini dah 7 order diterima.. ada lagi 3..

Folkart order: signage roses with olive green

Salam semua..
saya baru selesaikan satu lagi folkart yg diorder oleh customer..alhamdulillah, kak zee merupakan customer ke-3 sy.. mulai esk sy bz ni.. sbb byk signage nak kene siapkan..

harap semua maklum sekali lagi, bahawa kayu yang saya gunakan mmg nipis (mcm papan kek) tapi of course bukan papan kek. kenapa guna kayu ni??? sbb dia murah berbanding kayu corak..klw nak request kayu yg ada corak spt yg sy nyatakan kat blog di column sebelah kanan, sudah tentu harga agak mahal berbanding kayu nipis ni.. kayu ni juga jenis MDF.. klw nak tebal bole buat frame mcm kat canvas. sy sendiri dulu pernah rasakan hal yang sama. nak mintak tolong org lukis tapi too pricey.. :( pokek pun kering, jadi telan air liur je la..

sy ambil masa lebih dari 6 jam..utk siapkan signage ni tanpa berenti (kecuali gi tandas dan solat)..

jadi mgkin ada yang kata agak mahal. saya mintak maaf banyak2.. tapi ini lah hakikatnya. nk murah tak berbaloi kan.. sebab sy sealer, gesso 3 coats, sand paper, basecoat 3 @ 4 coat, lukis bunga, varnish dan buat wordings..

harap anda semua hargai intelektual properties ni.. klw kayu tebal, sudah tentu harga mahal tapi hasil painting tetap sama kualiti dia..

sekali lagi.. terima kasih banyak2 kerana sudi mengunjungi blog ni.. dan juga beri kepercayaan untuk menempah dari saya..


kak Zee request nak hijau olive, dan wordings di atas. yang lain saya bebas pilih apa design yg saya nak :) thx kak Zee :) harap kak Zee suka ye..



apa yang ingin saya buat???

saya memang berniat, bila sy dah bole buat FA sy nak buatkan untuk seseorg..selain dari family terdekat spt parents, in-law dan hubby, saya jugak teringin sgt nak hadiahkan hasil FA kpd seseorg yang sangat baik hati..yang perkenalkan sy dgn dunia blog dan forum WMC.. orang tersebut ialah kak iren

kak iren sgt baik hati.. susah nak jumpa org yg baik hati dan tak kedekut ilmu. beliau juga sgt berbakat dlm decoupage..suka sgt tgk hasil2 karya.. kak iren umpama inspirasi saya.. selalu je jawab apa saja pertanyaan yg sy kemukakan wlwpun kdg2 soalan tu agak kelakar..

insyaAllah bila masa terluang nnti sy akan buat satu khas untuk kak iren.. skrg ni sibuk dgn tempahan.. :p (mcm kelakar je  kekeke)

Saturday, March 13, 2010

Folkart order: Roses

folkart ni ditempah oleh irma..kitorg berhubung melalui internet je.. tapi beliau cukup ramah..mcm2 kitorg sembang..

kat bawah ni request dari irma.. nak pink, belang2, byk bunga. ramai gak suka belang2 kan..yela..belang2 kan salah satu dari english concept..

cuma maaf ye irma..tulisan buruk.. sy bukan nak salahkan berus tapi liner brush sy dah spoil.. (alasan ke??? mgkin jgk :p) sebenarnya sy mmg ada masalah utk buat wordings.. kawan2 jgn la risau..sy akan cuba improve..

harap irma suka dgn hasil ni.. kayu yg irma guna ni 6" x 18". Irma adalah 2nd customer saya..

Friday, March 12, 2010

Tempahan Folkart

ATTENTION!!!
saya sedia terima tempahan. maklumat tempahan ada tertera di column sebelah kanan. 10 customer pertama akan dapat harga promosi!!! skrg ni baru 2 org je.. hehe..


terima kasih.. enjoy ur visit :)

Roses plaque: Assalamualaikum

Harini rajin sikit. so buat wording terus.. hehe..
gembira sgt dapat paint plaque ni..bole la letak kat rumah..

papan yang digunakan nipis je.. sy mmg gemar menggunakan papan yang nipis.. ada beberapa sebab.. pertama dia ringan..so tak payah nak drill dinding bila nak gantung.. kedua klw terjatuh pn tahap kecederaan tak serius.. ketiga, klw org order, postage fee lebih murah sbb ringan.. unless mmg customer nak yg jenis tebal.. keempat, disebabkan dia nipis, dia lebih murah dari yang tebal. sy memang rasa bersalah sangat klw nak letak harga mahal2 klw org order.. cukup la berbaloi dgn usaha dan barang2 yang digunakan.. dan akhir sekali kelima saya suka kayu ni, sbb belah belakang dia licin. klw kene air pun takpa.. so masa buat painting tak payah nak paint depan belakang..jimat cat dan masa.. rasa saya klw kita buat painting mmg kita tak paint dua belah kan. so cari la yang belakang dia licin dan ada furnish siap2.. bole beli kat furniture hardware.. ketebalan dan kualiti kayu sama dengan kayu yang saya beli dengan En Zahir dlm lukisan hydrangea masa kelas sesi ke-5 saya


haha..setiap kali saya amik gambar mesti senget..dh jadi trade mark la pulak.. mcm kak fid dari yuitsumuni dia selalu kata tudung yang dia jahit senget.. saya pulak gambar senget..hehe

Thursday, March 11, 2010

Roses painting

Dah tak reti nak tulih tajuk ape dh.. hari2 roses.. hehe..




saya masih tak mahir utk reka design sendiri. ni inspired dari aunty nora. maybe one day ada design sy sendiri dan akan dipanggil ira's touch :p

Wednesday, March 10, 2010

Roses practice on board

Harini ada masa sikit. so praktis roses lagi.. tapi still tak puas hati hasil akhir.. kedudukan bunga, blending.. cuma shading je tak buat lagi..tgk la bila rajin nnti :p kebiasaanya sy buat shading dulu baru lukis bunga..tapi terlupa..keke


asalnya nak buat plaque. dgn tulisan bagai tapi terbesar la pulak bunga.keke

Baby Breath

walaupun hasil akhir tak berapa memuaskan tapi rasa gembira dapat buat baby breath ni

kebiasaannya baby breath digunakan sbg filler utk roses yg sebenar. dlm lukisan, mcm2 bunga pun bole jadi filler. gambar agak kabur..hehe

Tuesday, March 9, 2010

My first customer order

Rasa gembira pun ada.. bimbang pun ada.. tapi ni la first customer sy.. Sity.. thanks a lot..sbbbberi kepercayaan dan peluang nak buat wall plaque ni.. panjang lebey kurang 15 inci, lebar tak pasti.tapi nisbah panjang dan lebar sama dgn A4 size.


Sity nak signage yg penuh dgn bunga-bungaan.. alhamdulillah Sity menyukainya bila saya email gambar ni. Kalau tak, kene buat balik ler jawabnya :p

 again..gambar senget lagi. 

Monday, March 8, 2010

takda progress

rasa mcm lama tak melukis.. padahal baru je semalam..hehe.. sbb dok sibuk tgk ceta korea... hehe..
harini insyaAllah ada satu lagi lukisan..baru siap background je..ntah bila nak lukis...

Sunday, March 7, 2010

Roses lagi...

Sakit hati tgk background yg over dan buruk.. dh byk kali pikir nak post ke tak..huhu..takpe la..next time try cara lain pulak.. :(

Saturday, March 6, 2010

Roses in the middle of board

malam tadi sebelum tido saya sempat siapkan satu lagi bunga ros.

sy suka pada background cuma kene improve yg sebelah kanan..


My first folkart student

rasa mcm kelakar yang sy dah selesai mengadakan kelas folkart buat julung2 kalinya.. kak liza orgnya.. kak liza mmg semula jadi berbakat.. belajar kejap dh dapat bentukkan bunga ros yang cantik. cuma lukisan kat bawah tak sempat disiapkan sebab kak liza kene balik awal..so board ni siap separuh jalan..kak liza sambung kat rumah la ye..nnti kak jgn lupa tunjuk kat saya..

seronok sgt tgk lukisan kak liza sampai lupa nak amik gambar tuannya :p

posisi bunga yg atas sekali tu agak pelik. sebabnya kak liza dah bergegas nak balik. anak dari asrama nak balik.. kak liza nak prepare spagetti :)


Roses in olive shade

harini buat roses yg lain pulak..bentuk sama je .. beza kaler je..
lepas ni nak practice bunga rose mcm Ros Singleton plak..


inspired by aunty nora. modify sikit2 supaya tak la copy bulat2

ok nak pi solat maghrib dulu..tata....

Friday, March 5, 2010

folkart: Aster

kali ni berenti jap dari roses.. siang tadi baru siapkan tempahan signage. nnti dh siap wordings baru post kat sini. cuma tang wordings ni gagal sikit la.. huhu..

harini dapat buku  flowers Ato Z oleh Donna Dewberry.. buku ni dah order lebih sebulan yang lalu melalui ebay..cari seller yg jual paling murah..worth.. total RM71.60 sekali dgn shipping.. berbaloi sungguh..

hasilnya, terlukis la aster yg kurang comey mcm kat bawah ni .. apa pun , saya happy..dapat cuba something new..

haha..mcmna bole tak perasan tangkai satu bunga aster tu lupa nak lukis..kekeke ;p

best betul la upload malam2 ni.. tak ramai online..jadi network pun sangat bagus :)

Wednesday, March 3, 2010

Roses on round and square board

gembira dapat siapkan roses atas board ni.. baru la dapat tido dgn aman :)

siang tadi pi kedai art beli chalk pencil..senang nak lukis atas board.. hasilnya dua2 board kat bawah free hand drawing guna chalk pencil..


saya kurang gemar kaler merah. tapi yg ni sy suka. kaler bunga n board matching. board guna kaler orange vintage


gambar diambil agak senget..hehe..rasanya klw daun guna kaler terang sikit mgkin ok sikit.. sbb background dh gelap. background slip slap olive green dgn gray


entah bila ni dpt siapkan at least 500 roses ni.. adeh.. 

Tuesday, March 2, 2010

Roses and hydrangeas

baru paint pagi tadi. daun dgn background buat mlm tadi. dek kerana gangguan sekeliling, terpaksa stop dan sambung pagi ni lepas semua kerja masak memasak selesai..

entah kenapa rasa mcm tak puas hati je dgn outcome. nk kene improve lagi. maknanya kene buat design yang sama lagi..

maafkan gambar yg serba senget..



folkart class available

salam semua.. dah banyak kali saya pikir tentang folkart kelas.. sy mmg tak confident sbb sy rasa saya ni masih belum layak....tapi sy jugak paham masalah rakan2 yg yang nak belajar tapi masa tak mengizikan untuk mereka turun ke KL semata2 nak belajar terutama kawan2 yang berada di utara..mmg tak berbaloi klw sekadar nak belajar smpi kene turun KL semata2 unless anda memang takda masalah kewangan dan masa..
mcm masa saya belajar dgn en zahir dulu, untuk kelas je sy habis RM500. tu belum termasuk bahan2.. bahan2 semua RM200+.. belum lagi tol+petrol. masa kelas en zahir memang saya pergi semata2 untuk belajar..
masa kelas aunty nora pulak, awalnya nak naik bas sbb nak jimat, tapi pada hari yg sama last minit sy dapat dapat surat untuk interview biasiswa. jadi terus tukar rancangan naik kereta..

sy mmg paham apabila ada segelintir rakan2 di sebelah utara khususnya penang dan kedah.. ada yang minta sy adakan kelas..seriously saya tak pakar, tapi apa yang saya belajar insyaAllah akan saya kongsikan.. cuma sapa2 yang nak datang belajar tu sila la bawa peralatan. sbb saya takda peralatan tambahan yang bole saya jual. klw sy di KL mgkin saya bole tlg belikan... saya pun order online dan ada yg saya beli masa pergi belajar haritu.. kat penang ada dua kedai art sahaja (Nan Yang dan Duriemas..dua2 di island dan barang2 amat limited)

yuran belajar saya rasa standard.. klw dgn en zahir satu sessi RM50 selama 2jam 1/2.. begitu juga dgn aunty nora.. bersama aunty nora sy cuma sempat belajar bunga ros yang mengambil masa 5jam..bermakna 2 sessi..

tapi insyaAllah, sy akan kenakan RM50 bagi 3jam. saya dah pikir byk kali sama ada nak amik bayaran ke tak.. tapi saya sendiri tak bekerja.. :(.. klw anggap anda sedekah kat sy bole ke???

klw ada yang berminat, silalah hubungi saya..insyaAllah saya akan cuba usahakan masa untuk mengajar.. tempat, kat rumah saya di sungai dua butterworth. bole email sy di irra_nur82@yahoo.com

Monday, March 1, 2010

roses signage

tak pasti dapat idea dari mana..tapi yang nyata dari buku decorative painting oleh Puan Aniza. kat dlm buku ni dia guna round brush, tapi saya menggunakan angle brush. sy cuma amik frame dan bunga .. yang kotak2 dalam ruang bujur tu saya tak buat.


belang2 pink pulak saya mmg suka buat belang2.. biru pun sy buat pink pun sy buat. memang sebelum ni saya ada buat belang2 tapi bukan folkart, hanya untuk decoupage..sampai dinding rumah pun buat belang2..

gambar yg diambil blur.tapi tak tau pasal apa. guna kamera biasa. bila nak snap lagi sekali, bateri dh abis..

lepas semua dh siap lukis rasa mcm familiar je plaque ni.. hm.. tapi tak ingat kat mana..kat kedai MULAN kat alor setar tu kot..tak pun kat English Cottage sungai petani.. ke kat mana2 blog?? seriously tak ingat.. 

wording mcm biasa tak buat lagi..sungguh takda idea nak tulis apa.. 


klw sapa2 nak design bunga ni, amik dari buku decorative painting kat bahagian worksheet.


Roses with various design

kat bawah ni beberapa roses yang telah disiap.. sy sangat sukakan roses.. semua roses dilukis menggunakan angular brush.. lepas ni teringin nak belajar roses guna filbert brush..

inspired by aunty nora


inspired dari aunty nora punya design


design diambil dari buku decorative painting oleh puan zaitun..


dah letih harini buat sampai 3 bunga..