BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 8, 2010

Buku Decorative Painting oleh Puan ber3 yg cutey

salam..
sy nak promote sikit ye..sy tak dapat2 apa2 komisyen pun..cuma sebagai seorg yg menggemari bidang seni lukis sy rasa anda yg berminat juga patut menyimpan satu copy..

semalam sy ber-email-an dgn aunty nora.. aunty kata stok buku ada bersama beliau.. bersama tanda tangan.. best kan??? disebabkan aunty nora merupakan mentor sy jadi sy rasa tandatangan beliau amat berharga..

jadi klw sesiapa yg nak belajar FA dgn aunty nora, bole la anda dapatkan buku decorative painting..

ada sesetengah dari pada anda yg berminat sgt nak belajar FA tapi tak mempunyai keyakinan diri.. kat sini sy nak tekankan yg dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

sy sendiri tidak pernah menceburkan diri dlm bidang seni selepas tamat tingkatan3..last belajr pendidikan seni.  hingga la selepas saya berkerja di industri dlm bidang engineering selama 4 tahun , sy berminat utk belajar menjinakkan diri dalam seni lukis.. mmg bidang yg amat jauh berbeza dgn apa yg sy belajar dan kerja selama ni.. ..

bersama minat dan usaha yg bersungguh, sy belajar melukis bunga melalui youtube, buku2 yg didownload dari internet..sy juga pergi kelas dgn en zahir yg gentleman dan hingga lah akhirnya membawa saya kepada blog aunty nora.. sy beli buku beliau di bawah secara online sbb kat MPH penang @ BORDERS takda simpanan..

hari2 sy praktis melalui buku ini..saya juga berhubugn dgn aunty nora selama kira2 sebulan.. utk mendapat nasihat beliau..

namun, lama2 sy pikir, sy harus berguru ..ini tidak boleh jadi.. email2 ni tak syok..tak dapat imagine.. belajar dlm alam maya yg penuh dgn tanda tanya... jadi sy telah membuat temujanji exclusive dgn aunty nora.. haha.. selepas je berguru dgn aunty nora baru saya tau stroke2 yg betul utk melukis roses.. mmg anda bole melukis melalui buku.. praktis dan praktis tapi berguru sangat lah penting..

mulai dari detik itu, hari2 roses, siang roses.. (eh silap..siang pi koje) , malam roses..smpi pernah termimpi lukis roses.. dinding kat store atas penuh dengan tampalan hasil saya.. setiap tampalan ada tarikh..

dan kini, ini lah sy..masih tidak hebat..tetapi untuk melukis roses bukan lagi masalah.(sy tipu..sbnrnya masih lagi bermasalah.. ).cuma usaha sy tak berhenti di sini..akan datang sy akan belajar roses jenis lain dari aunty nora.. aunty..tunggulah kedatangan saya ye.. TUNGGUUUUUUUUU

sy juga berterima kasih kerana rakan2 semua menyambut baik usaha saya dengan menempah hasil kerja tangan saya.. ini secara tidak langsung membantu saya utk mencapai 500 roses.dan juga memberi sumber pendapatan kepada saya.. . HURRAY!!!


Decorative Painting Book



0 comments: